27 PATI ditahan dalam serbuan premis makanan di Johor

Foto Media Korporat JIM Johor

JOHOR BAHRU, 10 Mei – Seramai 27 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI)  ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor, dalam serbuan di lima premis makanan sekitar bandar raya ini, Jumaat lalu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Yang ditahan berusia antara 19 hingga 46 tahun.
  • Tangkapan melibatkan 18 lelaki Myanmar, seorang lelaki Pakistan, seorang lelaki Bangladesh, seorang lelaki Nepal, serta enam wanita Myanmar.
  • Semua dipercayai bekerja sebagai tukang masak dan pelayan; kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan Imigresen 1963.

Semua yang ditahan berusia antara 19 hingga 46 tahun.

Pengarah Imigresen Johor, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus berkata, mereka yang ditahan terdiri daripada 18 lelaki warga Myanmar serta masing-masing seorang lelaki warga Pakistan, Bangladesh dan Nepal.

Turut ditahan enam wanita warga Myanmar.

Menurut beliau, semua PATI berkenaan dipercayai bekerja sebagai tukang masak dan pelayan restoran.

“Operasi dijalankan hasil risikan dan pemantauan pihak imigresen terhadap premis yang dipercayai menggaji warga asing tanpa dokumen perjalanan serta permit kerja sah,” katanya.

Kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.