Isu pentadbiran Negeri Sembilan: PM tegaskan tidak akan campuri urusan adat

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil /BERNAMA

KUALA LUMPUR, 29 April – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Kerajaan Persekutuan tidak akan mencampuri urusan adat di Negeri Sembilan susulan perkembangan politik mutakhir di negeri itu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata pendirian selaras menghormati bidang kuasa negeri terutama hal ehwal adat.
  • Keputusan itu dimuktamadkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.
  • Pentadbiran Negeri Sembilan berjalan seperti biasa; Timbalan Perdana Menteri akan bertemu ADUN UMNO dan BN untuk penjelasan, kestabilan Kerajaan Perpaduan terjamin.

Menurut Menteri Komunikasi merangkap Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil, pendirian itu selaras dengan prinsip menghormati bidang kuasa negeri, khususnya melibatkan hal ehwal adat.

Beliau berkata, perkara itu dimuktamadkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.

Tambahnya, pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan ketika ini berjalan seperti biasa dan tidak terjejas.

“Kerajaan Negeri Sembilan berjalan seperti biasa. Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan dan juga negeri-negeri termasuk di Negeri Sembilan tidak terjejas dan berjalan seperti biasa.” katanya

Dalam masa sama, Datuk Fahmi turut memaklumkan, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi akan mengadakan pertemuan bersama Ahli Dewan Undangan Negeri daripada UMNO dan Barisan Nasional negeri itu dalam masa terdekat bagi mendapatkan penjelasan lanjut.

Beliau menegaskan, kestabilan Kerajaan Perpaduan di semua peringkat kekal utuh meskipun terdapat perkembangan politik semasa.