
MOSCOW, 24 April -Sebuah jet Tentera Udara Amerika Syarikat (AS) menghantar isyarat kecemasan ketika berada di ruang udara Turkiye pada Jumaat, menurut laman penjejakan trafik udara Flightradar24, lapor Sputnik/RIA Novosti.
RINGKASAN BERITA AI
- Pesawat RCH525 menghantar kod 7700, menandakan kecemasan umum, pada kira-kira 7.51 pagi waktu Turkiye (0451 GMT).
- Pesawat itu berlepas dari Emiriah Arab Bersatu dan mendarat di Pangkalan Udara Incirlik.
- Pangkalan Incirlik ialah kemudahan NATO yang dikendalikan terutamanya oleh tentera udara Turkiye dan Amerika Syarikat.
- Punca isyarat kecemasan itu masih belum diketahui.
Pesawat RCH525 itu menghantar “kod 7700”, yang menunjukkan situasi “kecemasan umum”, pada kira-kira 7.51 pagi waktu Turkiye (0451 GMT).
Menurut data penjejakan penerbangan, jet itu berlepas dari Emiriah Arab Bersatu dan mendarat di Pangkalan Udara Incirlik, sebuah kemudahan NATO yang dikendalikan terutamanya oleh tentera udara Turkiye dan AS.
Punca pesawat itu menghantar isyarat kecemasan belum diketahui. – BERNAMA