Ukraine tingkat serangan ke atas infrastruktur tenaga Rusia

Imej satelit yang dirakam pada Isnin menunjukkan asap tebal naik dari pelabuhan Tuapse akibat serangan dron Ukraine/ REUTERS

MOSCOW, 21 April – Serangan dron yang dilakukan Ukraine ke atas pelabuhan Tuapse di Rusia menyebabkan sekurang-kurangnya seorang maut.

RINGKASAN BERITA AI
  • Serangan dron mengenai loji penapisan minyak Tuapse, merosakkan tangki simpanan bahan api dan mencetuskan kebakaran.
  • Tuapse ialah pelabuhan utama selatan Rusia, hab eksport minyak dan kargo pukal, serta menempatkan loji penapisan Rosneft.
  • Ukraine meningkatkan serangan ke atas infrastruktur tenaga Rusia dalam sebulan lalu ketika rundingan damai AS buntu.

Pegawai Rusia memaklumkan serangan dron Ukraine ke atas pelabuhan itu mencetuskan kebakaran dan mej satelit yang dirakam pada Isnin menunjukkan asap tebal naik dari pelabuhan tersebut.

Tentera Ukraine menyatakan ke atas loji penapisan minyak Tuapse telah mengenai tangki simpanan bahan api dan menyebabkan kebakaran.

Sebagai salah satu pelabuhan utama di selatan Rusia, Tuapse merupakan hab eksport produk minyak serta mengendalikan kargo pukal kering seperti arang batu dan baja. Pelabuhan itu juga menempatkan loji penapisan minyak utama milik Rosneft.

Ukraine dilaporkan meningkatkan serangan ke atas infrastruktur tenaga Rusia dalam tempoh sebulan lalu, ketika rundingan damai yang diusahakan Amerika Syarikat masih menemui jalan buntu, dengan Washington kini lebih memberi tumpuan kepada konflik di Asia Barat.- REUTERS