Aishah 40 Chapters of Love bakal temui peminat pada 4 Julai

Datuk Aishah

KUALA LUMPUR, 17 April – Legenda seni suara tanah air, Datuk Aishah bakal mengubat rindu peminat menerusi konsert solo berskala besar ‘Aishah 40 Chapters of Love’ pada 4 Julai depan di Megastar Arena.

RINGKASAN BERITA AI
  • Konsert menampilkan lagu ikonik seperti Janji Manismu, Camar Yang Pulang dan Kemaafan Dendam Yang Terindah.
  • Aishah menyifatkan konsert sebagai hadiah istimewa untuk peminat, menjanjikan persembahan penuh emosi dan nostalgia.
  • Penganjur kata ia penghormatan kepada legasi Aishah dengan produksi bertaraf tinggi; tiket dijual dalam talian RM168 hingga RM788.

Konsert tersebut menjadi simbolik sambutan empat dekad perjalanan seni Datuk Aishah yang akan menghimpunkan lagu-lagu ikonik seperti Janji Manismu, Camar Yang Pulang dan Kemaafan Dendam Yang Terindah.

“Konsert itu merupakan hadiah istimewa buat peminat setia yang sentiasa menyokong kerjayanya, selain menjanjikan persembahan penuh emosi dan nostalgia,” kata Datuk Aishah.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Vox Nation Live, Shawn Chang menyifatkan konsert berkenaan sebagai penghormatan kepada legasi seni Aishah, dengan pengalaman produksi bertaraf tinggi yang bakal menyentuh perasaan penonton.

Tiket Aishah 40 Chapters of Love mula dijual hari ini dengan pada harga RM168 hingga RM788 melalui secara dalam talian.