
WASHINGTON, 17 April –Amerika Syarikat (AS) mendakwa Iran bersetuju menyerahkan bekalan uranium (bahan tenaga nuklear) dalam perkembangan terbaharu rundingan dengan AS.
- Trump kata Iran bersetuju tidak memiliki senjata nuklear sebagai sebahagian daripada persetujuan.
- Menurut Trump, langkah termasuk penyerahan bahan nuklear yang berada jauh di bawah tanah.
- Beliau berkata rundingan AS-Iran menunjukkan perkembangan positif dan dijangka mencapai hasil dalam masa terdekat.
- Setakat ini tiada pengesahan rasmi daripada pihak Iran berhubung perkara itu.
Presidennya Donald Trump berkata Iran turut bersetuju untuk tidak memiliki senjata nuklear sebagai sebahagian daripada persetujuan tersebut.
Menurutnya, langkah itu termasuk penyerahan bahan nuklear yang berada jauh di bawah tanah.
“Iran bersetuju untuk tidak memiliki senjata nuklear dan menyerahkan bahan nuklear yang berada jauh di bawah tanah,” katanya ketika bercakap kepada media di White House.
Beliau berkata rundingan antara Amerika Syarikat dan Iran menunjukkan perkembangan positif dan dijangka mencapai hasil dalam masa terdekat.
Bagaimanapun, setakat ini belum ada pengesahan rasmi daripada pihak Iran berhubung perkara tersebut. – AFP