
KUALA LUMPUR, 16 April- Kerajaan memberi tumpuan kepada usaha memastikan bekalan tenaga negara kekal mencukupi dalam tempoh terdekat, di samping melindungi rakyat daripada kesan kenaikan mendadak harga bahan api.
- Kerajaan mengingatkan orang ramai supaya tidak membazir tenaga walaupun subsidi diberi untuk elak kejutan kenaikan harga.
- Jangan berasa selamat sepenuhnya; risiko krisis global masih wujud dan memerlukan kewaspadaan.
- Bekalan tenaga dijangka mencukupi sehingga Jun, namun orang ramai digesa berjimat bagi memanjangkan ketersediaan.
- Situasi global menuntut tahap kesedaran tinggi dalam kalangan rakyat terhadap ketidaktentuan ekonomi dan tenaga dunia.
Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong berkata, kerajaan mengambil kira impak peningkatan perbelanjaan subsidi terhadap kedudukan fiskal negara susulan ketidaktentuan global, namun keutamaan semasa adalah memastikan keterjaminan bekalan tenaga dan kesejahteraan rakyat.
“Kerajaan berusaha menyampaikan kepada orang ramai kepentingan memelihara bekalan sedia ada dan tidak membazir tenaga, walaupun subsidi disediakan bagi mengelakkan rakyat berdepan kejutan kenaikan harga secara mendadak,” katanya.
“Namun, keadaan itu tidak seharusnya membuatkan kita beranggapan tiada apa yang berlaku atau seolah-olah kita benar-benar selamat daripada sebarang risiko krisis global,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyampaikan Syarahan Asia Tenggara 2026: ASEAN dan Aturan Dunia Baharu, malam tadi.
Tambah beliau, bekalan tenaga negara ketika ini dijangka mencukupi sehingga Jun, namun orang ramai digesa mengamalkan penggunaan tenaga secara berhemah bagi memastikan bekalan dapat bertahan lebih lama.
Beliau turut menegaskan bahawa situasi global semasa menuntut tahap kesedaran lebih tinggi dalam kalangan rakyat terhadap ketidaktentuan ekonomi dan tenaga dunia.