Projek kemsite lonjak nama Sungai Toh Pawang

Foto KEDA

GURUN, 14 April – Projek Kemsite Taman Sejahtera Rakyat Sungai Toh Pawang di Gurun, Kedah yang dilaksanakan melalui Program Sejati MADANI diharap mampu melonjakkan Sungai Toh Pawang sebagai destinasi baharu pelancongan tempatan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Projek dikendalikan oleh Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Kedah.
  • Menyediakan kemudahan perkhemahan berkumpulan dengan pemandangan Gunung Jerai.
  • Pengunjung boleh meneroka flora dan fauna dengan kebenaran Jabatan Perhutanan; penduduk diminta mempromosi dan menjaga infrastruktur projek.

Penasihat Program dan Aktiviti KEDA Parlimen Jerai, Datuk Seri Jamil Khir Baharom memaklumkan, projek itu dikendalikan oleh Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Kedah.

Ia menyediakan kemudahan untuk pengunjung menjalankan aktiviti perkhemahan secara berkumpulan sambil menikmati pemandangan indah Gunung Jerai.

“Selain itu, pengunjung boleh meneroka keindahan flora dan fauna dalam hutan di kaki Gunung Jerai namun perlu mendapatkan kebenaran terlebih dahulu daripada Jabatan Perhutanan Negeri Kedah,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Program Sejahtera Komuniti Tahun 2026 dan Penyerahan Projek Kemsite Taman Sejahtera Rakyat Sungai Toh Pawang di Gurun, Kedah.

Turut hadir, Pengurus Besar KEDA, Afifah Omar dan Timbalan Pengarah Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Kedah, Ridzuan Ab Ghapar.

Datuk Seri Jamil Khir turut menasihatkan semua penduduk agar membantu mempromosikan produk berkenaan.

Pada masa sama menjaga kemudahan infrastruktur yang ada bagi memastikan projek berkenaan berjaya.