Lapan maut dalam serangan Israel di selatan Lubnan

Serangan Israel di selatan Lubnan pada 11 April 2026/AFP

BEIRUT, 12 April- Lapan orang terbunuh manakala sembilan lagi cedera dalam serangan Israel ke atas sebuah kampung berhampiran Sidon di selatan Lubnan, menurut Kementerian Kesihatan Lubnan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Serangan Israel di kampung berhampiran Sidon berlaku pada Sabtu dan menyebabkan kemusnahan di kawasan terbabit.
  • Insiden berasingan di daerah Nabatiyeh mengorbankan 10 orang termasuk tiga petugas kecemasan.
  • Pegawai Lubnan, Israel dan Amerika Syarikat dijadualkan mengadakan pertemuan di Washington minggu depan untuk bincangkan gencatan senjata.

Kementerian itu memaklumkan serangan berkenaan berlaku pada Sabtu dan turut menyebabkan kemusnahan di kawasan terbabit.

Dalam insiden berasingan pada hari sama, serangan Israel di daerah Nabatiyeh mengorbankan 10 orang termasuk tiga petugas kecemasan.

Kejadian terbaharu itu berlaku sehari selepas Presiden Lubnan, Joseph Aoun memaklumkan bahawa wakil dari Lubnan, Israel dan Amerika Syarikat dijadualkan mengadakan pertemuan di Washington minggu depan bagi membincangkan usaha mengisytiharkan gencatan senjata. -AFP