
EL GOUNA, 11 April – Pemain nombor satu dunia, Hania El Hammamy, mempamerkan kebangkitan luar biasa untuk menumpangkan pencabar terdekat, Nour ElSherbini, sekali gus merangkul kejuaraan Terbuka El Gouna.
- El Hammamy bangkit menewaskan Nour ElSherbini dalam final lima set, keputusan 11-7, 9-11, 8-11, 11-4, 11-9.
- Kemenangan itu adalah gelaran utama kelima El Hammamy musim ini.
- Diego Elias jadi pemain bukan warga Mesir pertama menjuarai El Gouna sejak Gregory Gaultier 2017.
- Elias menewaskan Mohamad Zakaria 11-1, 11-7, 11-1 dan mengukuhkan statusnya sebagai antara pemain elit dunia.
Dalam saingan final wanita tersebut, El Hammamy bukan sahaja turun memburu gelaran juara, malah turut berjuang demi mempertahankan kedudukan ranking nombor satu dunia miliknya.
Pertembungan sengit itu menyaksikan El Hammamy bangkit daripada ketinggalan untuk menumbangkan ElSherbini dalam pertarungan lima set yang mendebarkan dengan keputusan 11-7, 9-11, 8-11, 11-4 dan 11-9.
Kemenangan itu merupakan gelaran utama kelima buat El Hammamy bagi musim ini.
Sementara itu, dalam kategori lelaki, pemain Peru, Diego Elias, melakar sejarah tersendiri apabila muncul pemain bukan warga Mesir pertama yang menjuarai kejohanan di El Gouna sejak Gregory Gaultier dari Perancis melakukannya pada 2017.
Elias yang memburu gelaran pertama bagi musim ini mempamerkan penguasaan mutlak apabila menewaskan pemain remaja Mesir berusia 18 tahun, Mohamad Zakaria dengan keputusan 11-1, 11-7 dan 11-1.
Kejohanan bertaraf platinum itu bukan sahaja mengukuhkan status Elias sebagai antara pemain elit dunia, malah membuktikan beliau masih menjadi pencabar utama dalam dominasi pemain-pemain dari Mesir. – REUTERS