4 angkasawan Artemis II kembali ke bumi, misi bersejarah hampir berakhir

FOTO NASA / REUTERS

HOUSTON, 11 April – Empat angkasawan misi Artemis II sedang dalam perjalanan pulang ke bumi selepas menamatkan pelayaran berawak pertama ke bulan dalam tempoh lebih setengah abad.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kapsul kru Orion melaksanakan pembakaran enjin terakhir selama lapan saat secara autonom untuk melaraskan trajektori reentry.
  • Pemisahan modul perkhidmatan diikuti kemasukan atmosfera, gangguan komunikasi kira-kira enam minit sebelum mendarat di Lautan Pasifik.
  • Anak kapal terdiri daripada Reid Wiseman, Victor Glover, Christina Koch dan angkasawan Kanada Jeremy Hansen.
  • Misi dilancarkan 1 April menggunakan Space Launch System, mengorbit Bumi dan mengelilingi bahagian jauh Bulan, catatan penerokaan manusia terjauh.

Kapsul kru Orion yang dipandu secara autonomi melaksanakan pembakaran terakhir enjin selama lapan saat pada Jumaat bagi melaraskan trajektori penerbangan, sekali gus memastikan kemasukan semula yang selamat ke atmosfera bumi.

Misi selama 10 hari itu dijangka berakhir dengan pemisahan modul perkhidmatan sebelum kapsul berbentuk ‘gumdrop’ itu memasuki atmosfera bumi, diikuti gangguan komunikasi selama kira-kira enam minit sebelum mendarat di Lautan Pasifik berhampiran pantai selatan California.

Empat angkasawan terbabit ialah Reid Wiseman, Victor Glover, Christina Koch serta angkasawan Kanada, Jeremy Hansen.

Jika semua berjalan lancar, kapsul Orion yang dinamakan “Integrity” dijangka mendarat dengan selamat di perairan berhampiran San Diego sekitar pukul 8 malam waktu tempatan.

Misi bersejarah itu dilancarkan pada 1 April dari Cape Canaveral menggunakan roket Space Launch System sebelum mengorbit bumi dan meneruskan perjalanan mengelilingi bahagian jauh bulan, sekali gus mencatat pencapaian manusia meneroka angkasa paling jauh setakat ini.- REUTERS