Celine Dion umum kemunculan semula selepas berdepan masalah kesihatan

Celine Dion / AFP

PARIS, 31 Mac – Penyanyi tersohor dunia, Celine Dion, mengumumkan kemunculan semula ke pentas selepas berehat panjang susulan masalah kesihatan jarang berlaku.

RINGKASAN BERITA AI
  • Dalam video ulang tahun, Dion sifatkan peluang kembali membuat persembahan sebagai hadiah terbaik; tahap kesihatannya kini semakin baik.
  • Dijadual 10 konsert di Paris La Défense Arena bermula 12 September, berlangsung dalam tempoh lima minggu.
  • Dirancang lancarkan single baharu hasil ciptaan Jean-Jacques Goldman; Dion pernah didiagnosis Stiff Person Syndrome pada 2022.

Dalam satu video yang dimuat naik di media sosial sempena ulang tahunnya, Dion, 58, menyifatkan peluang kembali membuat persembahan sebagai “hadiah terbaik” dalam hidupnya.

Beliau memaklumkan tahap kesihatannya kini semakin baik dan akan mengadakan siri persembahan di Paris bermula September depan.

Selain itu, Dion turut dijangka melancarkan single baharu hasil ciptaan komposer terkenal, Jean-Jacques Goldman, yang pernah menghasilkan album ikoniknya, D’eux.

Sebelum ini, Dion mendedahkan dirinya menghidap Stiff Person Syndrome pada 2022, sekali gus memaksanya membatalkan semua persembahan termasuk jelajah Courage World Tour.

Kini, selepas lebih enam tahun meninggalkan pentas, Dion dijadual mengadakan 10 konsert dalam tempoh lima minggu di Paris La Défense Arena bermula 12 September, sekali gus menandakan kebangkitan semula karier seninya.-AFP