Tekong terbaik dunia Syahir kini bergelar suami

Tekong terbaik dunia, Muhammad Syahir Mohd Rosdi (kiri) menamatkan zaman bujangnya bersama pilihan hati, Ain Athalia/ FB BOLAROTANTV

KUALA LUMPUR, 29 Mac- Tekong terbaik dunia, Muhammad Syahir Mohd Rosdi melangkah ke fasa baharu dalam kehidupannya selepas sah bergelar suami kepada Ain Najwa Irwan dalam satu majlis, semalam.

RINGKASAN BERITA AI
  • Dinobat Tekong Terbaik Dunia oleh ISTAF selepas prestasi konsisten dua tahun.
  • Mengawal permainan dengan tenang, servis padu dan ketahanan mental menjadikan beliau tonggak penting skuad kebangsaan.
  • Permulaan hidup baharu dijangka tambah motivasi menjelang Piala Dunia 2026 di Stadium Titiwangsa, 12 hingga 24 Mei.

Berita gembira itu turut menarik perhatian peminat dan menambah seri perjalanan cemerlang Syahir yang kini berada pada kemuncak prestasinya dalam arena sepak takraw antarabangsa.

Pada Januari lalu, pemain berusia 30 tahun itu mencipta sejarah apabila dinobatkan sebagai Tekong Terbaik Dunia oleh Setiausaha Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF), Datuk Abdul Halim Kader, hasil prestasi konsisten dua tahun kebelakangan ini.

Keupayaannya mengawal permainan dengan tenang, servis padu serta ketahanan mental dalam aksi berintensiti tinggi menjadikan beliau tonggak penting skuad kebangsaan.

Kini, dengan permulaan kehidupan baharu di luar gelanggang, Syahir dijangka memiliki motivasi tambahan untuk terus cemerlang, khususnya menjelang Piala Dunia 2026 yang bakal berlangsung di Stadium Titiwangsa dari 12 hingga 24 Mei ini.