
KUALA LUMPUR, 25 Mac – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Sambutan Peringatan Hari Polis ke-219 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), di sini.
- Kehadiran barisan kepimpinan PDRM termasuk Ketua Polis Negara dan timbalannya.
- Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri, Timbalan Menteri, Menteri Komunikasi dan Ketua Setiausaha Negara.
- Pelancaran Buku MESRA PDRM: Modul Kesedaran Jenayah Kanak-Kanak dan Remaja.
- Sambutan Hari Polis bertemakan "Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada", diraikan setiap 25 Mac untuk menghargai jasa PDRM.
Ketibaan beliau kira-kira pukul 2 petang disambut Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail dan timbalannya Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay serta barisan pengarah Jabatan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah, Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil serta Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.
Pada majlis itu, Perdana Menteri turut menyempurnakan peluncuran Buku MESRA PDRM – Modul Kesedaran Jenayah Kanak-Kanak dan Remaja.
Sambutan Hari Polis yang membawa slogan “Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada” diraikan setiap 25 Mac bagi menghargai jasa dan pengorbanan warga PDRM dalam mengekalkan keamanan negara.
Tarikh tersebut juga bersempena penubuhan pasukan polis pada 25 Mac 1807 di Pulau Pinang.