
PUTRAJAYA, 13 Mac – Ribuan jemaah hadir menunaikan solat hajat khas selepas solat Jumaat di Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini, hari ini.
- Solat hajat dianjurkan susulan seruan Dr Zulkifli Hasan bagi mendoakan keamanan dan kesejahteraan sejagat berhubung konflik di Asia Barat.
- Ia bertujuan menunjukkan solidariti dan keprihatinan umat Islam terhadap penderitaan di rantau berkenaan.
- Ibadah dilaksanakan ketika dunia Islam memasuki fasa akhir Ramadan, memberi penekanan pada doa bersama.
- Solat hajat turut diadakan di Masjid Negara dengan penyertaan orang ramai setelah solat Jumaat.
Solat hajat khas itu dianjurkan bagi menyahut seruan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan agar umat Islam bersama-sama mendoakan keamanan serta kesejahteraan sejagat susulan konflik yang semakin meruncing di rantau Asia Barat.
Ia juga sebagai tanda solidariti dan keprihatinan umat Islam terhadap penderitaan yang berlaku di rantau berkenaan ketika dunia Islam memasuki fasa akhir Ramadan.
Selain dua masjid utama di Putrajaya itu, solat hajat khas berkenaan turut dilaksanakan di Masjid Negara dengan penyertaan orang ramai yang hadir selepas menunaikan solat Jumaat.