Tradisi Program Agihan Kurma warga KUSKOP, diteruskan

Inisiatif kecil mencerminkan semangat kemanusiaan dan kebersamaan/Foto RTM

PUTRAJAYA, 9 Mac – Semangat kebersamaan dalam kalangan warga Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), terus diperkukuh menerusi Program Agihan Kurma.

RINGKASAN BERITA AI
  • Menteri Steven Sim melawat setiap aras kementerian, beramah mesra dan berkongsi pandangan bersama 535 warga kementerian.
  • Kurma diedarkan berasal dari wilayah Nablus, dibeli di Pasar Palestin dan diusahakan komuniti Palestin di Malaysia.
  • Menteri telah menyokong perniagaan kurma sejak 2019, dan inisiatif ini mencerminkan semangat kemanusiaan sepanjang Ramadan.

Menterinya, Steven Sim turut meluangkan masa ke setiap aras bangunan kementerian untuk beramah mesra dan berkongsi pandangan bersama 535 warga Kementerian.

“Beliau turut meninjau pusat panggilan kementerian dan menyantuni petugas barisan hadapan,” menurut kenyataan.

Kurma yang diedarkan tahun ini dibawa dari wilayah Nablus, Palestin yang dibeli dari Pasar Palestin, diusahakan komuniti Palestin yang menetap di negara ini.

Menteri mula menyokong perniagaan itu sejak 2019.

Inisiatif kecil itu juga mencerminkan semangat kemanusiaan dan kebersamaan yang sentiasa menjadi pegangan Menteri khususnya ketika Ramadan.