
JOHOR BAHRU, 9 Mac– Johor menafikan dakwaan mengatakan sebahagian besar hasil kelab bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), diterima daripada sumber awam atau kerajaan.
- Dakwaan bahawa sebahagian besar hasil JDT berasal daripada dana awam adalah tidak benar.
- Tajaan syarikat swasta kepada JDT disalurkan melalui Majlis Sukan Negeri untuk tadbir urus dan pelepasan cukai.
- Geran kerajaan diberikan untuk pembangunan sukan akar umbi melalui persatuan negeri dan daerah, bukan untuk operasi JDT.
- Semua pihak diminta menyemak fakta sebelum menyebar maklumat bagi mengelak kekeliruan dan menjejaskan ekosistem sukan Johor.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan, segala tajaan syarikat swasta kepada JDT adalah melalui Majlis Sukan Negeri, bagi tujuan tadbir urus serta pelepasan cukai pihak penaja.
Ia juga merupakan prosedur pentadbiran biasa dalam ekosistem penajaan sukan.
Selain itu, geran atau sumbangan kerajaan yang disalurkan bagi pembangunan sukan akar umbi melalui Persatuan Bola Sepak Negeri Johor serta persatuan daerah dan bukan untuk operasi pasukan JDT.
Beliau berharap semua pihak lebih bertanggungjawab dalam menyemak fakta sebelum disebar, bagi mengelak kekeliruan yang menjejaskan ekosistem sukan Johor.