
KUALA LUMPUR, 8 Mac– Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada skuad hoki negara atas kejayaan melayakkan diri ke Piala Dunia 2026 yang dijadual berlangsung di Belanda dan Belgium.
- Perdana Menteri memuji kerja keras, disiplin dan semangat juang luar biasa pemain serta pasukan kejurulatihan.
- Beliau percaya masih terdapat ruang untuk The Speedy Tigers memperkemas permainan dan meningkatkan prestasi.
- Perdana Menteri yakin seluruh rakyat Malaysia akan memberi sokongan padu kepada pasukan negara.
- Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Datuk Azizulhasni Awang atas kemenangan keirin Piala Dunia Berbasikal Trek UCI di Perth, dan mendoakan beliau terus cemerlang.
Menurut beliau, pencapaian itu lahir daripada kerja keras, disiplin tinggi serta semangat juang luar biasa yang ditunjukkan oleh pemain bersama pasukan kejurulatihan.
“Namun saya percaya masih terdapat ruang untuk The Speedy Tigers memperkemas permainan serta meningkatkan prestasi menjelang saingan di pentas Piala Dunia nanti,” katanya menerusi catatan di laman Facebook rasmi.
Perdana Menteri turut yakin seluruh rakyat Malaysia akan memberi sokongan kepada pasukan negara.

Sementara itu dalam catatan berasingan, Datuk Seri Anwar turut mengucapkan tahniah kepada legenda berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang.
Ia atas kejayaan kejayaan menjuarai acara keirin pada saingan Piala Dunia Berbasikal Trek UCI 2026 di Perth, Australia.
“Saya mendoakan semoga The Pocket Rocketman terus cemerlang dan membawa lebih banyak kejayaan buat negara pada kejohanan akan datang,” katanya.
Terdahulu, pelumba berusia 38 tahun itu menewaskan pelumba Great Britain, Matthew Richardson yang hanya dipisahkan dengan 0.002 saat di tempat kedua, manakala wakil tuan rumah, Leigh Hoffman melengkapkan podium dengan catatan 0.080 saat di belakang.