Ketua Turus Angkatan Tentera Iran antara terbunuh dalam serangan AS-Israel

Ketua Turus Angkatan Tentera Iran, Abdolrahim Mousavi / AFP

TEHRAN, 1 Mac – Ketua Turus Angkatan Tentera Iran, Abdolrahim Mousavi, dilaporkan terbunuh bersama beberapa jeneral kanan lain dalam serangan udara Amerika Syarikat (AS) dan Israel, menurut televisyen rasmi Iran pada Ahad.

RINGKASAN BERITA AI
  • Abdolrahim Mousavi, Ketua Turus Angkatan Tentera Iran, dilaporkan terbunuh dalam serangan udara AS dan Israel.
  • Beberapa jeneral kanan lain turut dinamakan terkorban termasuk Menteri Pertahanan Aziz Nasirzadeh.
  • Serangan berlaku semasa mesyuarat Majlis Pertahanan dan identiti mangsa tambahan akan diumumkan kemudian.
  • Insiden ini meningkatkan kebimbangan kemungkinan berlakunya perang lebih besar di rantau Asia Barat.

Media negara itu turut menamakan Menteri Pertahanan, Aziz Nasirzadeh, ketua Kor Pengawal Revolusi Iran, Mohammad Pakpour, serta ketua Majlis Pertahanan, Ali Shamkhani, sebagai antara individu yang terkorban dalam serangan pada Sabtu.

Menurut laporan berkenaan, mereka terbunuh ketika menghadiri satu mesyuarat Majlis Pertahanan negara, manakala identiti pegawai lain yang maut dijangka diumumkan kemudian.

Serangan yang menyasarkan kepimpinan tertinggi ketenteraan Iran itu dilihat sebagai antara ketegangan paling serius dalam konflik semasa, sekali gus meningkatkan kebimbangan terhadap kemungkinan perang lebih besar di rantau Asia Barat.-AFP