
KELANA JAYA, 25 Februari -Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menyampaikan Sumbangan Bakul Makanan Jalinan Kasih kepada 20 penerima dalam kalangan B40 sekitar Kelana Jaya.
- Tengku Permaisuri Selangor menyampaikan bakul makanan kepada 20 penerima B40 di Kelana Jaya.
- Setiap penerima memperoleh barangan keperluan asas dan wang tunai RM200.
- Majlis MBPJ ini termasuk jualan juadah berpatutan dan konsep jualan sambil beramal.
- Baginda merasmikan Ramadan On Wheels @ PJ yang menukar barangan kitar semula dengan juadah berbuka.
Setiap penerima menerima barangan keperluan asas serta wang tunai RM200 bagi membantu meringankan beban perbelanjaan.
Majlis anjuran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) itu merupakan sebahagian daripada inisiatif prihatin pihak berkuasa tempatan berkenaan dalam usaha membantu mengurangkan kos sara hidup.
Program berkenaan turut menampilkan jualan juadah pada harga berpatutan serta menggalakkan konsep jualan sambil beramal.
Pada majlis sama, baginda turut berkenan merasmikan inisiatif Ramadan On Wheels @ PJ yang akan digerakkan ke enam lokasi kediaman terpilih sekitar Petaling Jaya.
Menerusi inisiatif itu, barangan kitar semula seperti plastik dan tin boleh ditukar dengan juadah berbuka puasa mengikut berat sumbangan.
Tahun ini, MBPJ turut bekerjasama dengan beberapa restoran tempatan bagi menyediakan juadah kepada penerima.
Turut hadir pada majlis itu ialah, Isteri Menteri Besar Selangor Datin Seri Masdiana Muhamad, Exco Agama Islam Selangor Dr Mohammad Fahmi Ngah serta Datuk Bandar Petaling Jaya Mohamad Zahri Samingon.