Jalan Gasing dilanda banjir kilat petang tadi

Foto Bomba

PETALING JAYA, 25 Februari- Kawasan Jalan Gasing, PJS 6 di sini, dilanda banjir kilat setinggi kira-kira satu meter susulan hujan lebat dan ribut petir berterusan sejak petang tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • JBPM Selangor terima panggilan kecemasan pada pukul 5.00 petang.
  • Tujuh anggota dan jentera BBP Petaling Jaya digerakkan ke lokasi.
  • Operasi diketuai oleh Komander Operasi PBK I Wan Ibrahim Wan Hussin.
  • Tiada mangsa terperangkap dan keadaan dikawal.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 5.00 petang.

Seramai tujuh anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petaling Jaya diketuai oleh Komander Operasi PBK I Wan Ibrahim Wan Hussin digerakkan ke lokasi.

Wan Ibrahim memaklumkan tiada mangsa dan keadaan di kawasan berkenaan terkawal.