Amaran hujan berterusan tahap buruk di Sabah

Foto hiasan janaan AI

KUALA LUMPUR, 20 Februari Amaran hujan berterusan tahap buruk dan waspada masih berkuatkuasa di beberapa kawasan di Sabah setakat petang ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Amaran tahap buruk dikeluarkan untuk daerah Sandakan termasuk Telupid, Beluran dan Sandakan serta Kudat.
  • Amaran tahap waspada melibatkan Pantai Barat: Ranau, Kota Belud, serta Tongod dan Kinabatangan.
  • Orang ramai dinasihatkan berwaspada dan ikuti arahan pihak berkuasa serta semak maklumat cuaca rasmi.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia), Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata, amaran tahap buruk kini melibatkan Telupid, Beluran dan Sandakan di daerah Sandakan serta Kudat.

Sementara itu, amaran tahap waspada melibatkan Ranau dan Kota Belud di Pantai Barat, selain Tongod dan Kinabatangan di Sandakan.

Orang ramai terus dinasihatkan supaya berwaspada serta mengikuti arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa.

Maklumat terkini boleh diperoleh menerusi saluran rasmi MET Malaysia, aplikasi myCuaca dan talian 1-300-22-1638.