
JOHOR BAHRU, 18 Februari – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan meluangkan masa santap pagi bersama paduka anakanda, Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor dan Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Putera Johor.
RINGKASAN BERITA AI
- Seri Paduka Baginda menunjukkan keutamaan nilai kekeluargaan dalam kehidupan seharian.
- Baginda menekankan keseimbangan antara tugas rasmi dan masa berkualiti bersama keluarga.
- Hantaran Facebook memaparkan suasana santap pagi keluarga diraja dengan penuh kehangatan.
- Aktiviti ringkas ini mencerminkan kebolehan menguruskan tanggungjawab tanpa mengabaikan anakanda.
Menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, acara santap pagi berkenaan jelas memperlihatkan bagaimana Seri Paduka Baginda mengimbangi masa berkualiti bersama keluarga meskipun jadual rasmi padat dengan pelbagai urusan kenegaraan dan tanggungjawab rasmi.
Nilai kekeluargaan serta keseimbangan antara tugas sentiasa menjadi keutamaan Seri Paduka Baginda berdua.