
KANGAR, 18 Februari – Sebanyak 41 pek darah berjaya dikumpulkan menerusi Program Mai Derma Darah sempena Tahun Baharu Cina dan menjelang Ramadan.
- UMNO Bahagian Kangar bersama rakan kongsi menganjurkan program derma darah menjelang Ramadan.
- Inisiatif bertujuan menampung dan memastikan bekalan darah mencukupi sepanjang musim perayaan.
- Orang ramai digalakkan menderma melalui program atau terus ke Jabatan Perubatan Transfusi HTF.
Program itu digerakkan UMNO Bahagian Kangar dengan kerjasama Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kangar, Persatuan Sukarelawan Kasih Kangar serta Hospital Tuanku Fauziah.
Penyelaras program, Siti Zulaikha Muhamad Zulkefli berkata inisiatif tersebut bertujuan menampung stok bekalan darah khususnya sepanjang Ramadan yang lazimnya mencatatkan penurunan kadar pendermaan.
Menurutnya, bekalan darah mencukupi amat penting bagi menghadapi sebarang kes kecemasan sepanjang musim perayaan.
Sehubungan itu, orang ramai disaran tampil menderma darah sama ada melalui program anjuran pihak tertentu atau hadir terus ke Jabatan Perubatan Transfusi Hospital Tuanku Fauziah bagi memastikan stok bekalan darah kekal pada paras selamat.