PM puji perpaduan dan saling menghormati antara kaum di Sarawak

Foto BERNAMA 

KUCHING, 21 JUN – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji semangat perpaduan dan saling menghormati antara kaum yang diamalkan di Sarawak.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perpaduan dan saling menghormati antara kaum di Sarawak digambarkan sebagai contoh terbaik yang perlu dicontohi.
  • Semangat saling mengenali dan menghormati perlu diteruskan, khususnya dalam kalangan generasi muda, demi keamanan dan kestabilan negara.
  • Perdana Menteri menegaskan budaya yang tidak diraikan boleh melemah dan memecahbelahkan masyarakat.
  • Islam menganjurkan bukan sekadar toleransi tetapi saling mengenali, menghormati dan memuliakan; semangat ini nyata di Sarawak.

Beliau menyifatkannya sebagai contoh terbaik yang wajar dicontohi rakyat dalam memastikan keamanan dan kestabilan negara terus terpelihara.

Menurutnya, semangat saling mengenali, menghormati antara kaum yang diamalkan di Sarawak perlu diteruskan, khususnya dalam kalangan generasi muda bagi menjamin kelangsungan keamanan dan kestabilan negara.

Perdana Menteri menegaskan, budaya sekiranya tidak diraikan ia boleh melemah dan memecah belahkan masyarakat.

“Sebagai seorang penganut Islam, saya faham bahawa kepelbagaian kaum, budaya dan bahasa itu adalah ketentuan Allah. Sebab itu Islam menganjurkan bukan sekadar toleransi tetapi saling mengenali, menghormati dan memuliakan. Semangat ini benar-benar hidup seperti mana yang ditunjukkan di negeri Sarawak,” katanya.

Beliau berucap pada Majlis Makan Malam Gawai Dayak 2026 di di sini malam ini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.