
KUANTAN, 17 Februari -Polis tidak menolak motif kejadian bunuh membabitkan lima sekeluarga di kawasan perumahan Cerating Damai, di sini, disyaki berkemungkinan faktor kewangan.
- Polis menyiasat motif pembunuhan lima sekeluarga di Cherating Damai, termasuk kemungkinan faktor kewangan.
- Ketua Polis Pahang sahkan suspek tiada rekod penyakit mental setakat siasatan awal.
- Suspek baru berhenti kerja di Selangor, berpindah sebulan lalu dan bekerja di Kuantan seminggu.
- Mayat dibawa ke HTAA untuk proses bedah siasat; siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302.
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, siasatan awal polis juga mendapati suspek tidak mempunyai rekod penyakit mental.
Bagaimanapun siasatan lanjut berkaitan motif sebenar masih dijalankan mengikut seksyen 302 kanun keseksaan.
“Kami dimaklumkan suspek baru berhenti bekerja di Selangor dan baru pindah ke rumah ini lebih kurang sebulan dan baru seminggu bekerja di Kuantan.
“Motif kejadian masih dalam siasatan lanjut. Setakat ini, tiada maklumat mengenai masalah kewangan dan tiada rekod kesihatan mental yang dikenal pasti,” katanya manerusi kenyataan.
Mayat kesemua lima beranak itu selesai dibawa keluar dari kediaman berkenaan pada 12.45 tengah hari tadi dan tiba pada 1.50 petang di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) bagi proses bedah siasat.