
IPOH, 15 Februari – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Bahagian Kampung Baru Cina mengumumkan peruntukan sebanyak RM500,000 bagi menaik taraf kemudahan serta meningkatkan kesejahteraan penduduk di Kampung Baru Kanthan Baru.
- Peruntukan RM500,000 disediakan untuk menaik taraf kemudahan dan prasarana komuniti di Kampung Baru Kanthan Baru.
- Fokus termasuk penambahbaikan untuk belia dan kanak-kanak bagi meningkatkan kualiti hidup penduduk.
- Kementerian komited memperkasa komuniti dan melaksanakan pembangunan inklusif di kawasan bandar dan kampung.
Menterinya, Nga Kor Ming berkata peruntukan tersebut merangkumi penambahbaikan prasarana komuniti serta kemudahan untuk belia dan kanak-kanak, dengan tujuan memastikan penduduk menikmati kehidupan yang lebih selesa, selamat dan berkualiti.
“Pada pagi yang penuh permai ini, sambutan Tahun Baru Cina disertai ramai warga, saya turut membawa angpau RM500,000 untuk penurapan semula jalan-jalan dan pemasangan lampu jalan solar supaya kita dapat hidup dalam kesejahteraan dan kebahagiaan,” katanya katanya demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina bersama warga Tambun di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina (SMJKC) Khantan Bharu, di sini.
Tegas beliau, kementerian akan terus memperkasa komuniti serta memastikan pembangunan bandar dan kampung dilaksanakan secara inklusif di seluruh negara.