Britain akan atur gerak kumpulan penyerang kapal induk ke artik

Foto REUTERS

LONDON, 15 Februari -Britain akan mengatur gerak kumpulan penyerang kapal induk ke Atlantik Utara dan High North tahun ini, kata Perdana Menteri Britain Keir Starmer pada Persidangan Keselamatan Munich di Jerman pada Sabtu, lapor Xinhua.

RINGKASAN BERITA AI
  • HMS Prince of Wales akan mengetuai kumpulan penyerang kapal induk ke Atlantik Utara dan High North tahun ini.
  • Starmer menyeru Eropah bersedia untuk berperang dan menggunakan keupayaan pertahanan secara kolektif.
  • Britain bukan lagi seperti era Brexit; keselamatan Britain dan Eropah saling bergantung.
  • Britain menegaskan komitmen mempertahankan sekutu berdasarkan Artikel 5 NATO.

Starmer berkata kapal induk Britain HMS Prince of Wales akan mengetuai atur gerak kumpulan penyerang itu, menurut laporan Sky News. Beliau berkata Eropah “mesti bersedia untuk berperang”, menyifatkan benua itu sebagai “gergasi yang sedang tidur” dengan “keupayaan pertahanan yang besar”, namun menambah bahawa “terlalu kerap keupayaan ini tidak dimanfaatkan sepenuhnya secara kolektif”.

Starmer berkata Britain bukan lagi negara seperti ketika era Brexit, sambil menambah bahawa tiada keselamatan Britain tanpa Eropah dan tiada keselamatan Eropah tanpa Britain.

Beliau mengulangi komitmen Britain untuk mempertahankan sekutunya jika diperlukan berdasarkan Artikel 5 Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), iaitu prinsip pertahanan kolektif dalam kalangan negara anggota. – BERNAMA