
MADRID, 13 Februari – Atletico Madrid berpesta gol dengan membelasah Barcelona 4-0 dalam aksi separuh akhir pertama Copa del Rey pada awal pagi Jumaat.
RINGKASAN BERITA AI
- Atletico menang besar 4-0 ke atas Barcelona dalam separuh akhir pertama Copa del Rey.
- Semua gol tercipta pada babak kedua bermula dengan gol sendiri Eric Garcia.
- Griezmann, Lookman dan Julián Álvarez menambah jaringan untuk memastikan kemenangan meyakinkan.
- Barcelona masih ada peluang di perlawanan timbal balik di Camp Nou pada 4 Mac.
Kesemua jaringan gol diperoleh pada babak pertama perlawanan bermula seawal minit ketujuh hasil jaringan sendiri pemain pertahanan Eric Garcia.
Penyerang Antoine Griezmann meledakkan gol kedua selang tujuh minit kemudian, diikuti jaringan ketiga oleh Ademola Lookman pada minit ke-33.
Penyerang, Julian Alvarez meledakkan gol keempat pada minit ke-45 sekali gus menutup peluang Barcelona untuk bangkit.
Aksi timbal balik akan berlangsung di Camp Nou pada 4 Mac depan.