MyKad bukan alat pantau pergerakan rakyat – Saifuddin Nasution

GAMBAR HIASAN/BERNAMA

KUALA LUMPUR 9 FebruariMenteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menafikan dakwaan MyKad digunakan oleh kerajaan untuk memantau pergerakan harian rakyat Malaysia.

RINGKASAN BERITA AI
  • MyKad bukan alat untuk memantau pergerakan harian rakyat Malaysia.
  • MyKad berfungsi sebagai dokumen pengenalan diri dan pengesahan identiti.
  • MyKad tiada ciri pengesanan lokasi jadi ia tidak boleh digunakan untuk memantau.
  • MyKad direka dengan algoritma penyulitan tahap tinggi untuk melindungi data rakyat.

Beliau sebaliknya menegaskan sebaliknya Mykad berfungsi sebagai dokumen pengenalan diri dan tidak mempunyai ciri pengesanan lokasi.

“Saya ingin menegaskan Mykad merupakan dokumen pengenalan diri serta pengesahan identiti dan ia satu mekanisme mengesahkan identiti kita merupakan rakyat Malaysia.

“Mykad dia tidak mempunyai ciri-ciri pengesanan lokasi. kalau tak ada ciri itu, tidak boleh kita katakan sebagai satu alat mematau pergerakan rakyat”, katanya ketika sesi penggulungan Titah DiRaja di Dewan Rakyat hari ini.

Jelasnya, Mykad direka dengan algoritma penyulitan tahap tinggi bagi memastikan data rakyat selamat daripada sebarang pencerobohan.