
KUALA LUMPUR, 6 Februari – PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan melaksanakan lencongan jalan secara berperingkat di laluan Kulai-Sedenak, Lebuhraya Utara-Selatan bermula 9 hingga 12 Februari ini bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pemasangan rasuk jambatan di projek pembinaan lorong tambahan dari Yong Peng (Utara) ke Senai (Utara).
- Lencongan jalan berperingkat dilaksanakan di laluan Kulai-Sedenak semasa pemasangan rasuk jambatan.
- Lokasi kerja di KM36.5–KM35.0 arah selatan dan KM33.8–KM35.5 arah utara, waktu 10 malam hingga 5 pagi.
- Kenderaan dialihkan ke lorong paling kanan untuk mewujudkan zon kerja selamat dan kurangkan gangguan trafik.
- Pengguna dinasihat guna aplikasi PLUS, patuhi papan tanda, dan hubungi PLUSLine 1800-88-0000 untuk kecemasan.
PLUS dalam kenyataan memaklumkan, lokasi terlibat di KM36.5 hingga KM35.0 arah selatan dan di KM33.8 hingga KM35.5 arah utara bermula 10 malam hingga 5 pagi.
“Ketika kerja-kerja tersebut dijalankan, kenderaan akan dilencongkan ke laluan paling kanan bagi mewujudkan zon kerja yang selamat di samping meminimumkan gangguan trafik kepada pengguna lebuh raya.
“Pengguna lebuh raya disarankan supaya merancang perjalanan mereka dengan menggunakan aplikasi PLUS bagi mendapatkan maklumat trafik terkini.
“Pengguna juga diingatkan supaya mematuhi semua papan tanda dan arahan yang dikeluarkan oleh petugas PLUS ketika melalui kawasan kerja-kerja pembinaan tersebut,” menurut kenyataan itu.
Untuk maklumat trafik semasa dan bantuan, pengguna boleh merujuk kepada Pembantu Maya PUTRI, aplikasi X@plustrafik, paparan mesej elektronik (VMS) di lokasi terpilih atau menghubungi talian PLUSLine di 1800-88-0000 sekiranya berlaku kecemasan.