Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil susulan operasi BNM

Bank Negara Malaysia

KUALA LUMPUR, 6 Februari- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

RINGKASAN BERITA AI
  • BNM menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan menerusi operasi pasaran wang.
  • BNM jalankan dua tender repo berbalik konvensional: RM500 juta (7 hari) dan RM1.5 bilion (28 hari).
  • Tender repo berbalik Islam RM600 juta untuk tempoh 28 hari disediakan.
  • BNM juga tawarkan repo, perjanjian jual beli balik dan kemudahan Murabahah untuk pelbagai tenor.

Mudah tunai dalam sistem perbankan dianggarkan sebanyak RM27.68 bilion dalam pasaran konvensional dan RM21.91 bilion dalam dana Islam.

Hari ini, BNM akan menjalankan dua tender repo berbalik: RM500 juta untuk tujuh hari dan RM1.5 bilion untuk 28 hari.

BNM turut menjalankan tender repo berbalik Islam bernilai RM600 juta untuk 28 hari.

Bank pusat turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli balik serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu minggu, satu bulan dan tiga bulan.

Pada 4.00 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM29.7 bilion dan RM22.8 bilion dalam tender semalaman Murabahah. BERNAMA