Penyokong Selangor cetus kekecohan kembali menghadap ke mahkamah

Penyokong Selangor cetus kekecohan dihadap ke mahkamah sekali lagi.

KUALA TERENGGANU, 4 Februari KUALA TERENGGANU, 4 Februari – 12 penyokong Selangor FC yang membuat kecoh di Jambatan Angkat Kuala Terengganu pada Ahad lalu didakwa atas pertuduhan positif dadah di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • 12 penyokong Selangor FC didakwa atas pertuduhan positif dadah di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu.
  • Salah seorang menghadapi dua pertuduhan memiliki ganja dan nimetazipam.
  • Beberapa tertuduh didakwa memasukkan dadah disyaki THC; seorang didakwa methamphetamine.
  • Pertuduhan dibacakan di hadapan dua majistret, tertuduh mengangguk faham semasa pembacaan.

Salah seorang daripada mereka turut menghadapi dua pertuduhan memiliki dadah jenis ganja dan nimetazipam.

Kesemua tertuduh yang dihadapkan secara berasingan di hadapan dua Majistret iaitu Iffah Nabihah Mohd Ishak dan Noor Mazrinie Mahmood sekadar mengangguk faham sebaik pertuduhan masing-masing dibacakan.

Tertuduh pertama, Muhammad Amirul Izham Anuwa, 26 tahun menghadapi dua pertuduhan memiliki dadah jenis kanabis atau ganja seberat 1.12 gram dan nimetazipam seberat 0.37 gram.

Dia turut didakwa memasukkan dadah disyaki jenis tetrahydrocannabinol THC ke dalam badannya di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kuala Terengganu pada pukul pukul 3 pagi, 2 Februari lalu.

Sementara itu, mahkamah majistret berlainan, enam lagi tertuduh iaitu Mohamad Shafirul Hisham Hassan, 26 tahun Muhamad Syafiq Junaedi, 27 tahun, Ahmad Naqiuddin Ahmad Nordzri, 29 tahun, Ahmad Ziyad Zulkifli, 26 tahun dan Muhammad Afiq Haikal Gunawan, 27 tahun didakwa memasukkan dadah jenis THC ke dalam badan mereka.

Seorang lagi tertuduh iaitu Muhammad Asyraf Azli, 25 tahun pula didakwa memasukkan dadah disyaki jenis methamphetamine ke dalam badannya.