Tindakan tegas kontraktor gagal siap projek

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 3 Februari – Tindakan tegas termasuk disenarai hitam akan dikenakan terhadap kontraktor yang gagal menyiapkan projek mengikut tempoh ditetapkan tanpa alasan munasabah.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tindakan tegas termasuk disenarai hitam terhadap kontraktor gagal siap projek tepat pada masa.
  • Kementerian gunakan SOP ketat untuk capai sasaran sifar projek sakit atau lewat.
  • Keadilan diberi kepada kontraktor yang menghadapi masalah munasabah yang menjejaskan pelaksanaan.
  • 75 peratus kegagalan projek disebabkan kelemahan pengurusan kontraktor.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menegaskan, pihaknya memiliki SOP ketat membabitkan isu projek lewat siap, bagi memastikan sasaran sifar projek sakit atau lewat, dapat dicapai.

“Kita memang ada tatakelola dan SOP. Kita memang tegas dengan kontraktor sebab dah ada pengalaman dengan kontraktor kurang bertanggungjawab” katanya.

Bagaimanapun, pihaknya tetap berlaku adil terhadap kontraktor yang berdepan masalah terutama melibatkan faktor tertentu hingga menjejaskan kelancaran pelaksanaan projek.

Jelasnya, 75 peratus daripada kegagalan projek bawah Kementerian Kerja Raya berpunca daripada pengurusan kontraktor.

Majlis Konvensyen INFRA rai, tauliah 179 graduan

Artikel Tajaan