40 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau

Foto RTM Sabah

TAWAU, 2 Februari – 40 buah rumah setinggan musnah dalam kebakaran di Kampung Titingan berhampiran Sekolah Kebangsaan Kampung Titingan, di sini pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Empat puluh rumah setinggan musnah dalam kebakaran di Kampung Titingan.
  • Operasi pemadaman melibatkan 61 anggota pelbagai agensi dan tiga jentera bomba.
  • Tiada kemalangan jiwa dilaporkan; punca kebakaran masih dalam siasatan.

Ketua Zon Tawau Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Moilley Milin berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran itu pada pukul 10.15 pagi dan tiga jentera dikerahkan ke lokasi.

Operasi pemadaman melibatkan 61 anggota pelbagai agensi termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bomba Komuniti, Angkatan Pertahanan Awam, Sabah Electricity dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

Pihak bomba menggunakan sumber air terbuka serta melalui tanker air bomba bagi proses pemadaman, dan operasi terkawal pada pukul 12.03 tengah hari,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Operasi terkawal pada pukul 11.54-pagi, sebelum tamat sepenuhnya pada 3.19-petang.

Sementara itu, seorang mangsa kebakaran Saparida Ambuolo berkata ketika kejadian, beliau sedang menunai solat sunat dhuha pada pukul 10 pagi sebelum mendengar jeritan jiran mengenai kebakaran.

“Kejadian kebakaran itu pengalaman kedua saya. Tidak tahu lagi mahu tinggal di mana selepas ini, saya harap kerajaan boleh menyediakan rumah kepada mangsa kebakaran seperti Program Perumahan Rakyat,” katanya.