Nilai saling menghormati perkukuh keamanan negara – TPM Zahid

FOTO FB ZAHID HAMIDI

KUALA LUMPUR, 31 Januari – Keharmonian yang dikecapi Malaysia hari ini lahir daripada sikap saling menghormati serta kesediaan untuk berkongsi ruang dalam sebuah negara yang berpaksikan perpaduan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perpaduan dan saling menghormati adalah asas keharmonian negara.
  • Pemeliharaan nilai kepelbagaian budaya dan agama penting untuk keamanan jangka panjang.
  • Masyarakat perlu terus memahami perbezaan untuk kekal bersatu.

Menerusi perkongsian di Facebook, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata nilai itu mesti terus dipelihara agar keamanan dan kestabilan Malaysia kekal terjamin untuk generasi akan datang.

“Kepelbagaian budaya dan agama merupakan antara asas utama yang membentuk jati diri negara.

“Dalam perbezaan, kita belajar untuk saling memahami. Dalam kepelbagaian, kita menemukan kekuatan untuk terus hidup sebagai satu masyarakat yang bersatu,” katanya.

Dalam pada itu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid turut mengucapkan selamat menyambut perayaan Thaipusam kepada seluruh penganut agama Hindu di Malaysia yang meraikannya esok.

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan