Sambutan positif industri pelancongan perkukuh potensi Malaysia

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim/ BERNAMA

PETALING JAYA, 30 Januari – Prestasi ekonomi semasa yang memberangsangkan serta sambutan positif terhadap industri pelancongan membuktikan potensi besar Malaysia.

RINGKASAN BERITA AI
  • Prestasi ekonomi dan sambutan pelancongan menunjukkan potensi besar Malaysia.
  • Perlu komitmen dan usaha berterusan semua pihak untuk memajukan sektor pelancongan.
  • Kejayaan bergantung kepada perpaduan, sokongan bersama dan menolak kebencian serta perpecahan.
  • Matlamat utama ialah membina keselamatan, keamanan dan memastikan kejayaan dinikmati semua rakyat.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia menuntut komitmen dan usaha berterusan daripada semua pihak untuk mengangkat martabat negara dalam sektor pelancongan.

“Yang lebih penting, kita berjaya bersama sebagai satu pasukan. Kejayaan kita bergantung antara satu sama lain. Kita saling menyokong, meredakan api dan bara atau pertelingkahan yang tidak perlu, menolak kebencian serta perpecahan berasaskan agama atau kaum dan menentang sikap fanatik.

“Ini kerana kita sedar bahawa pada akhirnya, kita hanya mampu berjaya jika kita membina keselamatan dan keamanan yang menyeluruh di negara ini serta memastikan setiap rakyat turut menikmati kejayaan. Ini bukan permainan menang-kalah”, katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan perasmian Program Cerita Malaysia Kita Sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 di Petaling Jaya.

Turu hadir Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing, Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil dan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) Steven Sim.

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan