MA63 perkukuh kedudukan Sabah

FOTO BERNAMA

KUALA LUMPUR, 29 Januari – Isu Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) perlu direalisasikan sepenuhnya demi menegakkan hak Sabah.

RINGKASAN BERITA AI
  • MA63 perlu dilaksanakan sepenuhnya untuk menegakkan hak Sabah sebagai rakan setara dalam Persekutuan Malaysia.
  • Perlu komitmen politik jelas, elakkan konflik, dan tetapkan garis masa pelaksanaan yang tegas.
  • Dashboard MA63 dilancar sebagai medium pemantauan penting untuk ketelusan dan akauntabiliti pelaksanaan.
  • 13 daripada 29 tuntutan diselesaikan; 16 lagi masih dalam pemantauan dan perbincangan.

Menurut Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy, ia sekali gus akan memperkukuh kedudukan negeri itu sebagai rakan setara dalam Persekutuan Malaysia.

“MA63 perlu dilihat sebagai agenda nasional yang memerlukan komitmen politik yang jelas, hindarkan konflik serta garis masa pelaksanaan yang tegas demi memastikan hak Sabah direalisasikan sepenuhnya.

“Pelaksanaan MA63 sangat penting bagi memperkukuh kedudukan Sabah sebagai rakan setara dalam Persekutuan Malaysia,” katanya di Dewan Rakyat di sini.

Dalam sesi perbahasan, beliau menyatakan sokongan terhadap inisiatif Kerajaan MADANI yang melancarkan Dashboard MA63.

Menurutnya, dashboard itu merupakan medium terbaik dan penting bagi pemantauan kemajuan pelaksanaan perkara yang dipersetujui dalam perjanjian berkenaan.

“Inisiatif ini amat penting bagi memastikan ketelusan, akauntabiliti dan memberi ruang kepada rakyat untuk mengetahui perkembangan semasa secara terbuka,” katanya.

Dashboard MA63 yang dilancarkan secara rasmi semalam, bertujuan menyediakan akses maklumat sahih kepada orang awam mengenai status 29 tuntutan utama di bawah perjanjian tersebut, sekali gus mengelakkan penyebaran maklumat yang tidak tepat atau berbaur bias politik.

Setakat ini, sebanyak 13 daripada 29 perkara utama telah berjaya diselesaikan dengan sembilan daripadanya dilaksanakan di bawah pentadbiran Kerajaan MADANI, manakala 16 lagi perkara masih dalam peringkat pemantauan dan perbincangan.

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan