
KUALA LUMPUR, 6 Januari – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendoakan agar bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad diberikan kesembuhan segera.
RINGKASAN BERITA AI
- Perdana Menteri mendoakan kesembuhan segera bagi Tun Dr Mahathir melalui hantaran di Facebook.
- Ucapan turut melibatkan isteri beliau, Datuk Seri Azizah, memohon keafiatan Tun.
- Tun dimasukkan ke Institut Jantung Negara untuk pemerhatian selepas dilaporkan terjatuh di rumah.
Ucapan berkenaan dibuat menerusi satu hantaran di laman Facebook Datuk Seri Anwar.
“Saya dan Azizah mendoakan keafiatan dan kesembuhan segera buat Tun, insya-Allah,” menurut hantaran tersebut.
Terdahulu, Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur pada pukul 9.30 pagi tadi selepas dilaporkan terjatuh di kediamannya.
Pemimpin berusia 100 tahun itu dikejarkan ke IJN menaiki ambulans dan dilaporkan dalam keadaan sedar namun, memerlukan pemerhatian lanjut.