UMK bangunkan wakaf transit sokong pemerkasaan wakaf pendidikan

Foto UMK

BACHOK, 26 Januari -Universiti Malaysia Kelantan (UMK) telah membangunkan Wakaf Transit UMK sebagai sokongan terhadap usaha pemerkasaan wakaf pendidikan di institusi pengajian tinggi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Wakaf Transit UMK dibangunkan sebagai sokongan kepada pemerkasaan wakaf pendidikan di universiti.
  • Wakaf ini mencerminkan semangat kebersamaan warga UMK dengan nilai "UMK Satu Hati, Satu Jiwa."
  • UMK dilantik sebagai mutawalli untuk mengurus wakaf secara telus, berintegriti dan berimpak.
  • Usaha pengumpulan dana diteruskan untuk membina Wakaf Transit di Kampus Jeli sebagai kesinambungan projek.

Naib Canselor, Datuk Prof. Ts. Dr. Arham Abdullah berkata, Wakaf Transit UMK bukan hanya sebuah prasarana fizikal, sebaliknya melambangkan semangat kebersamaan warga universiti dalam membina legasi wakaf pendidikan berteraskan nilai “UMK Satu Hati, Satu Jiwa.”

“Wakaf Transit UMK merupakan manifestasi awal kepada pelaksanaan Wakaf Pendidikan MAIK–UMK, di mana UMK telah dilantik sebagai mutawalli (pemegang amanah) bagi mengurus dan membangunkan wakaf pendidikan secara telus, berintegriti dan berimpak.

“Projek ini dibangunkan sebagai kemudahan transit yang memberi manfaat langsung kepada warga universiti dan masyarakat sekitar Kampus Bachok,” katanya.

Dalam pada itu, UMK dalan kenyataan memaklumkan, usaha pengumpulan dana wakaf masih diteruskan bagi merealisasikan pembinaan Wakaf Transit di Kampus Jeli sebagai kesinambungan kepada agenda wakaf universiti.

“Pihak universiti berharap agar sokongan berterusan daripada warga UMK dan masyarakat dapat memastikan kelestarian pembangunan wakaf pendidikan di semua kampus UMK,” menurut kenyataan itu.

 

 

 

 

Majlis Konvokesyen INFRA rai, tauliah 179 graduan

Artikel Tajaan

TEMAN TEKUN Sabah salur RM25.17 juta sepanjang 2025, perkasa usahawan tempatan

Artikel Tajaan