PM terima sambutan rasmi di Turkiye

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri) bersama Presiden Turkiye, Reccep Tayyip Erdogan (kanan) pada sambutan rasmi sempena lawatan ke Turkiye/BERNAMA

ANKARA, 7 Januari – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diberikan sambutan rasmi oleh kerajaan Turkiye di Kompleks Presiden di sini hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Sambutan rasmi oleh kerajaan Turkiye di Kompleks Presiden menandakan penghormatan tinggi kepada lawatan rasmi Malaysia.
  • Lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan dan kawalan kehormatan oleh Pengawal Presiden telah diadakan.
  • Kedua pemimpin mengadakan pertemuan empat mata untuk membincangkan hubungan dua hala dan kerjasama strategik.
  • Mereka bersama mempengerusikan Mesyuarat Majlis Strategik Peringkat Tinggi Malaysia-Turkiye yang pertama.

Ketibaan beliau disambut Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan di kompleks berkenaan pada 4.30 petang waktu tempatan (9.30 malam waktu Malaysia).

Sebaik tiba, lagu kebangsaan Malaysia “Negaraku” dan lagu kebangsaan Turkiye “Istiklal Marsi” dimainkan, diikuti dengan kawalan kehormatan oleh Pengawal Presiden.

Kedua-dua pemimpin seterusnya mengadakan pertemuan empat mata dan bersama-sama mempengerusikan Mesyuarat Majlis Strategik Peringkat Tinggi (HLSC) Malaysia-Turkiye yang pertama.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan, berada di Turkiye dalam lawatan rasmi bermula semalam hingga esok atas undangan Presiden Erdogan.

Lawatan rasmi itu merupakan sebahagian daripada usaha memperkukuh hubungan dua hala Malaysia-Turkiye, yang telah terjalin sejak sekian lama.

Perdana Menteri diiringi isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, serta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.