BARCELONA, 29 Disember – Barcelona menutup kalendar bola sepak tahun ini dengan sesi latihan terbuka yang diserikan dengan kehadiran ratusan penyokong setia, pada Isnin.
RINGKASAN BERITA AI
- Kehadiran ratusan penyokong setia memeriahkan sesi latihan terbuka di Pusat Latihan Johan Cruyff.
- Pemain bintang seperti Lamine Yamal, Robert Lewandowski dan Raphinha beramah mesra dengan peminat.
- Di bawah Hansi Flick, Barcelona mendahului La Liga dengan 46 mata dan rekod tujuh kemenangan berturut-turut.
Sesi di Pusat Latihan Johan Cruyff itu menyaksikan pemain bintang seperti Lamine Yamal, Robert Lewandowski dan Raphinha beramah mesra dengan peminat yang hadir bagi meraikan kejayaan pasukan sepanjang tahun.
Di bawah kendalian Hansi Flick, Barcelona kini mendahului carta La Liga dengan 46 mata, empat mata di hadapan seteru utama, Real Madrid.
Kelab Catalan itu juga menutup tahun 2024 dengan prestasi cemerlang apabila mencatat tujuh kemenangan berturut-turut, sekali gus meningkatkan keyakinan menjelang saingan separuh kedua musim ini. -REUTERS