Setiausaha Perang AS tiba di Malaysia, hadiri ADMM-Plus

Foto MINDEF

SUBANG, 29 Oktober– Setiausaha Perang Amerika Syarikat (AS), Pete Hegseth selamat tiba di Malaysia pukul 9.00 malam tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kedatangan disambut oleh pegawai kanan Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia di Pangkalan Udara Subang.
  • Hegseth hadir untuk menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN-Plus (ADMM-Plus) pada hari Sabtu.
  • Beliau dijadual mengadakan pertemuan dua hala dengan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di luar sesi ADMM-Plus.
  • Kunjungan menandakan lawatan rasmi pertama Hegseth ke Malaysia sejak pelantikannya sebagai Setiausaha Perang AS.
  • Lawatan mencerminkan hubungan pertahanan dan kerjasama dialog antara Amerika Syarikat dan negara-negara ASEAN.

Ketibaan beliau disambut pegawai kanan Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Pangkalan Udara Subang.

Kunjungan beliau ke Malaysia bagi menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN-Plus (ADMM-Plus) yang akan berlangsung Sabtu ini.

Hegseth turut dijadual mengadakan pertemuan dua hala dengan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di luar sesi ADMM-Plus.

Kehadiran beliau merupakan lawatan rasmi pertamanya ke Malaysia sejak dilantik sebagai Setiausaha Perang AS.