
LOMBOK, 12 Ogos – Penumpang feri KM Putri Yasmin terpaksa terjun ke laut bagi menyelamatkan diri selepas kebakaran merebak di dalam kapal berkenaan.
- Penumpang cuba ke dek atas tetapi api merebak cepat, mereka beralih ke sebelah kiri kapal untuk menyelamatkan diri.
- Seorang pegawai arahkan mereka terjun ke laut; penumpang menunggu bot penyelamat selepas terjun.
- Api marak hingga separuh motosikal di dalam feri terbakar; keluarga berkumpul untuk menyemak senarai penumpang.
Seorang penumpang, Arnold, 27, berkata dia bersama penumpang lain pada mulanya cuba keluar dari kawasan kebakaran dan menuju ke dek paling atas.
Namun, api sudah merebak dengan cepat sebelum mereka bergerak ke bahagian kiri kapal untuk menyelamatkan diri.
“Seorang pegawai memberitahu kapal itu tidak lagi dapat diselamatkan dan kami perlu terjun ke laut. Kami terus terjun ke dalam air dan menunggu sehingga bot penyelamat tiba dari Lombok,” katanya.
Seorang lagi penumpang, Septi Sugiarti, 26, berkata api semakin marak sehingga kira-kira separuh motosikal yang diletakkan di dalam feri sudah terbakar.
“Kami pada mulanya diminta bertenang dan cuba melihat sama ada api boleh dipadamkan serta keadaan masih boleh dikawal. Kami cuba mencari jalan untuk menyelamatkan semua penumpang, tetapi akhirnya kami diarahkan untuk terjun,” katanya.
Sementara itu, keluarga mangsa dilihat berkumpul untuk menyemak senarai penumpang selepas kejadian berkenaan. -REUTERS