TANJUNG DAWAI, 25 Oktober -Pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan(Cina) Chong Cheng, di sini ditutup sepenuhnya kira-kira pukul 3.00 petang tadi, selepas keadaan banjir di kawasan berkenaan kembali pulih.
RINGKASAN BERITA AI
- Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Chong Cheng ditutup sepenuhnya kira-kira pukul 3.00 petang selepas keadaan banjir pulih.
- Semua penduduk terjejas dibenarkan pulang setelah paras air surut dan tiada tanda amaran air pasang besar.
- Penduduk dinasihatkan bersedia kembali ke PPS jika berlaku air pasang besar atau hujan lebat berterusan.
Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) daerah Kuala Muda, Amirul Asyraf Mohamed Maydin dalam kenyataan berkata, semua penduduk yang terjejas telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing setelah paras air surut dan tiada lagi tanda amaran air pasang besar.
“Bagaimanapun penduduk dinasihatkan agar kembali berpindah ke PPS sekiranya terdapat air pasang besar dan hujan lebat berterusan yang mengakibatkan banjir dikawasan mereka,” katanya menerusi kenyataan itu.