KUALA LUMPUR, 25 Oktober -Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal melanda beberapa kawasan di Kelantan, Terengganu, Selangor, Kuala Lumpur, Sarawak dan Sabah hingga 6.00 petang ini.
RINGKASAN BERITA AI
- Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal melanda enam negeri hingga 6 petang.
- Kelantan terjejas: Tumpat, Pasir Mas, Jeli dan Tanah Merah.
- Terengganu dan Selangor terlibat, termasuk Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Petaling.
- Sarawak (Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Kapit, Bintulu) dan Sabah (Tawau, Kunak, Semporna, Lahad Datu) turut terkena.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan, kawasan terlibat di Kelantan adalah Tumpat, Pasir Mas, Jeli dan Tanah Merah; di Terengganau (Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu) manakala di Selangor melibatkan Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Petaling.
“Di Sarawak membabitkan kawasan Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Kapit (Song) dan Bintulu (Bintulu dan Sebauh).
“Kawasan di Sabah yang terlibat adalah Tawau, Kunak, Semporna dan Lahad Datu,” menurut kenyataan itu.