Toleransi kaum, agama asas perpaduan rakyat

KUALA LUMPUR, 20 Oktober – Toleransi kaum dan agama adalah kunci mengekalkan perpaduan di Malaysia.

RINGKASAN BERITA AI
  • Toleransi kaum dan agama penting untuk mengekalkan perpaduan rakyat Malaysia.
  • Sambutan pelbagai perayaan menjadi platform menyemai semangat perpaduan antara kaum.
  • Ketiadaan hormat dan toleransi boleh menyebabkan perpecahan serta menggugat keharmonian negara.
  • Perpaduan yang kukuh membuka jalan kepada pembangunan negara yang lebih stabil dan makmur.

Pensyarah Kanan Fakulti Pengurusan Dan Ekonomi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, (UPSI), Profesor Madya Ts Dr Kesavan Nallaluthan berkata, sambutan pelbagai perayaan dilihat satu platform penting menyemai semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang bangsa.

Tanpa rasa hormat dan toleransi satu sama lain, ia menjadi punca perpecahan yang menggugat keharmonian serta kemajuan negara.

” Negara kita memang berbilang bangsa, cabaran ialah apabila kita tidak menghormati agama lain dia akan jadi satu halangan besar untuk kita nak majukan negara kita, ” katanya.

” Apabila perayaan ini boleh jadikan satu tempat untuk simbol perpaduan di mana kita menghormati agama bangsa lain dengan mengambil kira mereka punya tatacara, adat resam mereka, ia akan menghubungeratkan lagi hubungan antara agama lain.”

“Dengan itu, secara terus kita boleh memajukan negara kita kerana ada cahaya perpaduan, ” tambahnya lagi ketika ditemui selepas menjadi tetamu rancangan Selamat Pagi Malaysia di TV1.

Menurut Profesor Madya Ts Dr Kesavan, perpaduan yang utuh akan membuka jalan kepada pembangunan negara yang lebih stabil dan makmur.