Banjir di Perak pulih sepenuhnya

KAMPAR, 2 Oktober – Banjir di Perak pulih sepenuhnya selepas Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Serbaguna Dato Azman Mahalan di daerah Kampar ditutup secara rasmi pada pukul 2 petang tadi.

PPS itu sebelum ini menempatkan 16 penduduk daripada lima keluarga.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri menerusi satu kenyataan memaklumkan, pemantauan pelbagai agensi mendapati keadaan lokasi bencana terkini telah pulih dan selamat.

Sehubungan itu, penduduk telah dibenarkan untuk pulang ke rumah masing-masing.

PPS Dewan Serbaguna Dato Azman Mahalan dibuka sejak Isnin minggu lalu susulan hujan lebat menyebabkan kejadian banjir di kawasan tersebut.

Majlis Konvokesyen INFRA rai, tauliah 179 graduan

Artikel Tajaan

TEMAN TEKUN Sabah salur RM25.17 juta sepanjang 2025, perkasa usahawan tempatan

Artikel Tajaan