fb fb fb fb fb

Zinchenko sertai Forest secara pinjaman dari Arsenal

Oleksandr Zinchenko meninggalkan Arsenal untuk menyertai Nottingham Forest secara pinjaman bagi tempoh semusim/ Foto REUTERS

LONDON, 3 September – Oleksandr Zinchenko meninggalkan Arsenal untuk menyertai Nottingham Forest secara pinjaman bagi tempoh semusim, umum kelab itu pada Isnin.

Pemain berusia 28 tahun dari Ukraine itu menyertai Arsenal dari Manchester City pada tahun 2022, dengan 91 penampilan dalam semua kejohanan bersama The Gunners.

Namun, kebangkitan pemain muda, Myles Lewis-Skelly serta kehadiran Jurrien Timber dan Riccardo Calafiori menyebabkan Zinchenko kehilangan tempat dalam kesebelasan utama.

Malah, beliau tidak tersenarai dalam skuad perlawanan bagi tiga aksi pembukaan Liga Perdana musim ini.

Kontrak Zinchenko bersama Arsenal masih berbaki sehingga Jun 2026.

Beliau turut dikenali sebagai kapten termuda skuad kebangsaan Ukraine ketika berusia 24 tahun dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2022 menentang Perancis. -REUTERS

SAHZAN FAZLI BIN ZAINUDDIN