fb fb fb fb fb

KBS disaran perkasa aspek kejurulatihan sukan ping pong negara

Foto RTM

ALOR SETAR, 1 Januari- Sentuhan jurulatih profesional luar negara mampu mengangkat prestasi atlet ping pong tempatan, sekali gus dapat menyaingi dominasi besar China dan Taiwan dalam acara sukan tersebut.

Presiden Persatuan Ping Pong Amatur Kedah, Dr. Chin Kuen Liang berkata jurulatih profesional dari luar negara boleh menumpukan kepada peningkatan kemahiran dan teknik permainan.

Tegasnya, kepakaran jurulatih tempatan juga perlu dipertingkatkan dalam melatih bakat negara dengan lebih baik, termasuk menambah baik modul latihan serta analisis perlawanan.

“Jika kita lihat di BAM, mereka memiliki pemain bertaraf dunia dan Olimpik seperti Lee Zii Jia serta Pearly Tan. Sepanjang tempoh itu, pemain-pemain ini dibimbing oleh jurulatih dari Indonesia."

"Kami sangat yakin sekiranya jurulatih kita diberi ruang dan sokongan, mereka juga mampu mencapai pencapaian yang cemerlang," kata beliau ketika ditemui pemberita RTM, di sini.

Justeru, Dr. Kuan Liang berharap agar hasrat itu dapat direalisasikan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di bawah kepimpinan menteri baharu, dalam memperkasa aspek kejurulatihan skuad ping pong negara.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM